Assalamualaikum.
Chop, chop! Sebelum korang baca entry aku yang panjang lebar dan bosan ni, Nah gambar ni untuk korang semua :)
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada:
My Everything: Ibu dan Ayah, adik adik, family members.
My Heartbeat: Izzul Ashran.
My Sista: Yaye, Memey, Fara, and Jaja.
My Super Hero: Datin, Pahmie and Caen.
My Housmate and Roomie: Eyra, Ara, Fara, Zara and Anis.
My Baby: Hannah, Hanan and Ruff.
My cousins and My new friends, blogger and stalker.
And last kepada semua yang mengenali diri ini secara langsung dan tidak langsung.
Maaf wish lambat, tapi tak apa. Syawal itu 30 hari :) Happy Eid!
Okay dah. Aku baru je sampai semalam tapi connection tak dapat. Itu pasal aku baru nak type hari ni. Tahun ni raya penuh kelainan. Tahun ni ibu decide duduk rumah dan terima tetamu sahaja memandang kan malam raya ayah aku dah berangkat ke Hawai.
Petang raya tu ayah aku nak pegi Airport. So kitaorang sekeluarga pun bersalaman lah, sedih wei tak raya sekali. Salam salam dapat juga duit raya. Hehe. Petang tu masak rendang, kelapa tak cukup! Aku dengan bangganya kena kopek kelapa dan mesin kelapa, pengalaman baru untuk aku. Nak berbuka tu ada lah saudara mara yang datang. Start je pukul 9 aku dah dengar orang takbir raya. Aku rindu lah tengok pakcik pakcik datang rumah untuk takbir raya. Tahun ni tak ada pun. Rumah kampng ni dekat dengan surau, so memang clear ah dengar orang bertakbir raya. Pelita depan rumah dah penuh satu kampung. Lepas tu apa, bebudak ni asik berlari tak tentu arah main mercun bunga api. Tepat pukul 12 haaa tu bunga api yang macam malam merdeka tu diorang main. Haha bukan main excited. Siap lawan kampung sebelah lagi wey!
Macam biasalah bangun awal mandi dan bersiap. Sementara menunggu atuk dan pakcik pakcik aku yang lain pergi sembahyang raya, kitaorang kena potong bunga rampai nak bawa pergi kubur. Balik je semua orang sesi salam dan maaf bermaafan berjalan sambil berharap duit raya masuk ke tangan hehe. And then ke Kubur, Al Fatihah buat arwah Mak dan Pak Ngah. Semoga roh nya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Tema tahun ni biru dan biru lagi. Sesi melayan tetamu bermula waktu tengah hari. Budak budak lah datang meriah. Macam macam aku interview :D
Hari raya kedua, apa jadi? aku berenang dalam rumah! Malam tu hujan lebat gilaaa sampai banjir lah rumah, berenang renang aku mandi hujan lagi. Bagi aku ini pengalaman baru, memang penat nak bersih kan rumah tapi best lah jugak. Elok aku nak tengok mael lambung tak dapat sebab hujan astro tak ada channel! puih. So malam tu kitaorang bertungkus lumus mengemas kotoran banjir lumpur ni haihhh.
Raya ketiga bangun agak lewat. Demam dan selsema. Ingat nak berehat hari ni, sebab malam semalam penat. Tak da makna. Family aku ni dah la besar. Nak dekat 80 datang rumah aku hari ni. Aku duduk dekat dapur je buat kerja. Tak sempat pun nak beraya. Penat kau jangan cakap lah. Lepas tu boleh pulak aku kena current gara gara kepala plug yang dah bangang tu. Selamat tak pegang lama kalau tak haaa kau punk rambut aku.
Apapun bagi aku raya tahun ni penuh kelainan dengan kegembiraannya tersendiri. Okay lah aku rasa takat ni je lah post aku. Esok aku bakal tempuh test. Doakan aku untuk buat yang terbaik :) Assalamualikum.





